Selaras dengan maklumat kerajaan di era kemodenan ini, media hiburan dan media penerbitan produksi dilihat mampu untuk bersama-sama membantu kerajaan dalam menyalurkan informasi atau wadah negara melalui penerbitan produksi TV dan penganjuran majlis.
Selain itu, dalam era kemodenan ini juga, pembangunan perisian serta laman sesawang juga memainkan peranan yang penting.
HAZIL IZHAM BIN ISMAIL
Memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Pengiklanan) dari UITM Shah Alam dan penah bekerja di Tayangan Unggul Sdn Bhd sebagai Penerbit Penyelaras selama 7 tahun dan kemudiaanya mentadbir syarikat sendiri, Megapine (M) Sdn Bhd selaku Penerbit.
SITI NAZIYAH BINTI SHEIKH MUSTAFAR
Lebih dikenali sebagai "Nadia Mustafar" dan telah terlibat dalam dunia lakonan sejak dari zaman kanak-kanak lagi sehingga kini dan mentadbir Megapine (M) Sdn Bhd.
Visi syarikat melalui slogan "Langkah Seiring" bersama hasrat kerajaan, membentuk masyarakat berwawasan dan berinformasi dan memberi "Daya Saing" dalam meningkatkan kualiti hidup serta penghasilan produksi dan acara yang bermutu dan berwawasan.
Melangkah seiring dan berdaya saing dalam membentuk satu paradigma baru dalam industry produksi, pengurusan acara dan pembanggunan perisian.
Jenis Perniagaan Kami